Monday, June 23, 2014

Seekor Angsa yang Pintar

Ini adalah sebuah kisah tentang seekor angsa yang pintar untuk menghindari bahaya yang mengancam dia dan teman-temannya.

Pada zaman dahulu, tinggallah sekawanan angsa putih yang besar. Setiap hari, angsa-angsa itu mengikuti pemilik mereka ke sebatang sungai untuk berenang dan bermain.

Pada suatu hari, pemilik angsa terpaksa meninggalkan angsa-angsa di sungai itu kerana harus pulang ke rumah untuk menyelesaikan pekerjaan yang penting.

Baru saja pemilik angsa meninggalkan tempat itu, tiba-tiba datang seekor serigala. Serigala itu merasa gembira begitu melihat banyak angsa. Serigala itu mendekati sungai sambil berfikir : aku bisa makan sepuas-puasnya hari ini.

"Pemilik kita tidak ada di sini. Kita perlu mencari jalan untuk menghubungi pemilik kita itu dengan segera", kata angsa-angsa itu dengan perasaan cemas.

Seekor angsa yang pintar berjalan di tebing sungai lalu berkata, "Tuan serigala, aku pernah terdengar khabar bahwa kamu memiliki suara yang sangat merdu. Sebelum aku menjadi makanan kamu, bolehkah aku mendengar nyanyianmu?".

Mendengar kata-kata angsa itu, serigala merasa gembira lalu berkata, "Tentu saja boleh". Serigala itu kemudian menyanyi dengan kuat. Pemilik angsa yang mendengar jeritan serigala itu, bergegas berlari ke sungai itu dengan membawa sebatang kayu. Serigala itu segera menghentikan nyanyiannya lalu melarikan diri.

membentuk formasi baru atau menyusul kawanannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.